24.9.13

Happy Time :*



Hye and assalamualaikum semua. Hari ni saya rasa jari saya yang tersangatlah gatal ni, nak menari di atas keyboard lama-lama dan memaksa otak saya untuk memerah idea mengeluarkan ayat-ayat yang bernas dan canggih untuk dipostkan dalam blog. Haha, apa yang aku melalut sampai panjang nak mampos ayat kat atas tu. Kadang-kadang teringin jugak nak menulis ayat yang tersangatlah panjang hingga tiada titik noktah yang sepatutnya ada di dalam ayat. Hoi, Yanie dah gila malam ni. Yelah, sementara menunggu cerita Asmara Luna yang beberapa minit je lagi nak berada dekat kaca TV saya yang tersangatlah comel tu baik update blog yang dah lama berhabuk dan dibiarkan tanpa ada penghuni. Trolololol xD *garu kepala*

Okey firstly, dah tak tahu nak update apa sebab tertidur semalam then hari ni idea semua dah hilang daripada kepala aku yang tak berapa nak betul ni. Frust kot tertidur semalam. Tengok asmara luna pon sekerat jalan je. Tak habis pon, rasa macam sedih gila nak mampos. Lepas tu, entahlahh. Minggu ni pulak ada kem dekat Felda Tepoh. Aduyai, takde tempat yang better sikit ke? Dengar felda pon rasa macam dah lemah semangat semua. Okayokay, second lah kita nak ucap tahniah kat adik kita yang darjah 6 tu sebab dah habiskan dia punya exam UPSR haritu. Nampak masa depan cerah tu, nak pergi Imtiaz katanya. Hope dia dapat result yang gila gempak untuk exam. Aminn. Lepas tu, Ummi kita pulak baik hati belanja saya dan adik makan pizza. Wuhuu, dah lama mengidam.


Yummyyyyy! :*
This one is very umphhh! Very2 tasty xD
My drinks, like always ;)
Then balik tu, aku terasa happy gila-gila sebab dapat ''new sport shoe''. Yeay! It's a gift from my beloved Abah. Kasut dia gempak gila, dah lah keluaran terbaru. Wuhuuu, thanks Abah. Love youuu so much. Very much. Heee, walaupun sedih sebab minggu tu tak dapat pergi camping sebab Abah tak bagi pergi. Memang sedihh gila sebab kawan-kawan lain semua pergi camping. Jeles kot diorang balik then dengar cerita apa semua tu. Memanggg kevavian itu agak terasa lahh, mogok dua tiga hari sebab tak dapat pergi. Then Abah pujuk dengan bagi kasut sukan tu. Dah lama mintak, hehe. Okayy lah, rasa macam dah kekeringan idea sebab dah memerah otak daripada tadi. Karanggg jem strawberry pulak otak aku ni. Annyeong! :)

Love it very much :*

''GOOD FRIENDS are like stars. You don't always see them but you know they're always there :*''


si pencoret : yanie ^_^

30.8.13

Musabaqah 2013





Assalamualaikum semua. Hai hai, lama tak update kan? Maaf, saya busy dan tiada mood nak update blog walaupun sekejap. Kita masih di bulan syawal kan? Jadi nak mintak maaf terlebih dahulu kepada yang mengenali diri ini. Takut TERsakitkan hati awak. Kan kan? So, saya dah nak start cerita duduklah diam-diam depan laptop tu. Al kisahnya macam ni, minggu ni saya dengan lasungnya dapat masuk nasyid untuk musabaqah akhir kerana menggantikan seseorang. Hee, masih tak sangka dapat masuk. Dan alhamdulillah kami johan untuk kali ni. Masih tak percaya ni. *ayat skema je hari ni*

Kenapa terasa skema nak mampus ayat gua kat atas tu. Macam poyoo je, hahaha. Okayokay, tahu lah lama tak update tapi tak pernah rasa akward macam ni, kuikuikui. Tapi bersyukur sangat-sangat sebab sekolah saya, Sekolah Menengah Agama Khairiah dapat merebut tempat untuk juara keseluruhan untuk perempuan. Alhamdulillah :) Rasa macam tak percaya lagi kot, sebelum naik pentas rasa macam nak pengsan je sebab terlalu takut dan gementar. Allah je tahu perasaan aku masa tu. Aiyoyo, nasib baik dapat buat jugak. Thanks for all the support especially Kak Iqah yang banyak membantu supaya aku tenang, pheww. Okay lah, dah malas nak menulis. Tengok gambar jelah erk? My bed is waitingg, heee xD

Memories :')

With semek comel :*


Heart them :*


With semek comel again :*


Budak senget :*


With budak comel again again and again? Haha xD

Banyak gambar aku je kan? Haha, poyoo je semua ni. But it's sokey lahh. Tak nak tengok sudahhh, tutup lah cepat-cepat. Heee, going to bed now. Assalamualaikum :')

Hidup mesti diteruskan walaupun harus menerima kenyataan yang pahit :')


si pencoret : yanie ^_^