31.12.11

New Look + Happy New Year :D

Omg omg! So handsomee! *faint*
Hello peeps, annyeonghaseyo chingus. Hari ni dah 1 Januari 2012. Pukul 1.19 minit pagi, k dah merepek. Aku nak ucapkan ''Happy New Years'' to all malaysian. Tahun ni Terengganu sambut new years dengan hujan lebat. Kasihan yang pergi Dataran Shahbandar dengan Pantai Batu Buruk. Mesti basah kan?

Eh, kita ada nak bagitahu awak sesuatu nih. Awak, awak dan awak tolong dengar saya membebel okay? Haha! Good readers! Nak tanya okay tak blog kita yang new look nih? Haha! Saje je nak tukar sebab dah tahun baru kan kena lah tukar baru pulak. Kasihan dia bagi pakai baju lama.

Tahun baru nih semua nak kena tukar, umur dekat profile pon kena tukar. Yela, takkan umur sama tiap-tiap tahun. Bila kau nak kahwin nya kalau umur sama. K tipu je, dah menggatal nak kahwin pulak aku nih. Tiap-tiap hari fikir bila lah aku nak kahwin. LOL. Ingat kahwin senang ke? Haha!

Ni pon dah ada orang ajak aku kahwin, dia ingat aku lepasan SPM pulak Adoii, hape nih. Aku baru nak ambil PMR lah weh. Tengok tarikh aku lahir erk, haha! Dah stop pasal kahwin, malam tahun baru apa cerita? Aku sorang-sorang jugak malam nih, macam biasa lah. Nothing special pon. Forever alone jugakk.

Apahal dengan aku nih, forever alone je memanjang kan? Biar aku lah kan, dah takde orang nak teman. Ada boyfie pon entah kemana dah. Apa lah aku ni, nak buat macam mana. Dah nak PMR so kena fokus betul-betul. Alahai, tahun depan nampaknya berdating dengan buku jelah jawabnya.

Dear books, can you please treat me nicely? Susahnya bila dah jadi mangsa PMR. Nanti blog dah jarang update. Facebook dengan twitter dah jarang buka. Kasihan boyfie aku kan? Ehem, I meant facebook dengan twitter tu boyfie aku okay. LOL. Jangan nak fikir bukan-bukan pulak.

Eh, dah lewat malam dah. Hujan pon semakin lebat! Pheww~ What a great time to sleep. Tapi mata belum mengantuk lah. Dah bergolek-golek dari tahun lepas pon tak mengantuk jugak. LOL. I hebat kan? Haha! Well, aku dah lama tahu tu. K dah, makin merepek pulak kat sini. Anyeong! Bye!

Eh, kena tukar umur lah dekat profile kita =='



si pencoret : yanie ^_^

No comments: