20.12.11

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN :')


Hello peeps ! Annyeonghaseyo chingus . Oke kali nih entry aku pasal satu segmen pasal story mory nih . Aku dah bosan sangat , tak tahu nak buat apa . So jom join contest ni , nampak menarik je kan . Contest nih dianjurkan oleh Cik Nurin . Siapa yang nak join tu boleh la baca syarat-syarat nye >DI SINI< . Oke dah , jom mula bercerita !

Bestie Forever <I Miss You> :')

Semua orang ada bestfriend kan? Sama jugak macam saya . Tipu leteww kalau korang takde walaupon sorang . Mesti ada punya kan kan kan . Saya ada ramai bestfriend , ada 4 orang ! Diorang lah segala-gala nya buat saya . Diorang selalu ada semasa saya susah dan senang . Nama nya , Nurul Aina Umairah , Wan Nur Syafiqa , Nur Shafika dan Nur Shafaawati . Kami kenal semasa tingkatan 1 . Sejak tu kami mula berkawan dan bersama susah dan senang . Buat hal pon sama-sama . Haha! Memang tak boleh lupa masa kami semua buat hal dan kena denda dengan cikgu . Lawak sangat masa tuh , macam-macam buat hal . Tak serik-serik kena denda dengan cikgu .

Kami selalu hang bersama bila ada masa free . Bila hang kan selalu je buat kerja gila kami iaitu mengumpat orang . Haha! Memang tak boleh lupa sangat . Kami selalu mengumpat orang . Diri sendiri pon ada gelaran masing-masing . Ada Gigi , Bibir , Hitam , Badan dan Hidung . Kami gelarkan ''Geng Muka'' . Adoi , macam-macam kan kami ? Tak pernah saya ada kawan-kawan yang sporting macam ni . Diorang lah yang paling Happy Go Lucky .

Saya ingat lagi sewaktu pergi kem bersama-sama . Macam-macam masalah yang kami timbulkan . Haha! Seronok sangat , walaupon selalu kena denda tapi itu lah kami . Sampai cikgu disiplin pon kenal kami . Dah hafal nama sorang-sorang . Tapi kan dalam senang-senang kami ada jugak susahnya , kawan yang selama ni kami percaya dan boleh dipercayai sebenarnya tak pon . 

Sedih kan kalau kawan tikam kawan ? Sedap eh makan kawan kita ? Entah lah saya tak tahu apa yang berada di dalam fikirannya itu . Saya tak percaya yang dia sanggup menfitnah kami . Dan yang paling teruk sanggup dia fitnah kawan dia depan BF kawan dia semata-mata nak kan BF kawan dia tu . Entah lah , saya tak tahu nak cakap macam mana , hati saya sangat sebak apabila memikirkan tentang ini .

Kawan yang selama ini saya percaya dan sayang sangat-sangat sanggup fitnah kami semua demi kepentingan dia . Saya harap sangat dia akan sedar dan kembali ke pangkuan kami semula . Saya tak mengharapkan apa-apa dari dia , cuma sedikit perubahan dan keinsafan yang ada . Kepulangan dia cukup dinantikan oleh kami , kami berharap sangat yang dia akan sedar yang dia perlukan kami . NURSHAFAAWATI , saya harap awak akan berubah dan kita boleh kembali seprti dulu kan . I Miss You My Bestie . I Miss You the old one not the new one . Dekat bawah ni ada gambar kami berlima :'D


Okey dah , sekian je cerita dari saya. *lap air mata* Seriously saya rindu dia . Cerita kita simple je tapi sorry la ye kalau terlebih panjang . Dah-dah , saya harap cerita saya berbaloi untuk segmen tu . Annyeong !




si pencoret : yanie ^_^

1 comment:

Akihiro Aihara said...

Hadiah ? Sini

http://qesahsaya.blogspot.com/2011/12/hadiah-untuk-pemenang-1st-segmen.html