2.1.12

Last Day Of My Holiday :*

Omo! Comel gila kan husband aku *winkwink*
Hello peeps, annyeonghaseyo chingus. Okay sayang sayang sekalian, seperti anda tahu aku dah last day cuti hari nih. Pfftt, sekejap gila masa berlalu kan. Aku masih tak puas cuti sebulan lebih ni. Bagi 3 bulan boleh? Haha! Tu pon masih belum cukup. atoyy. Gila melebih aku mintak cuti lama-lama.

Cuti ni aku tak pergi mana-mana pon. Ayah aku pon balik dari mekah bulan 12 gak. Balik-balik tu terus kerja lepas 2 3 hari duk rumah. Memang bosan gila-gila. Doing same activity everyday. Malam-malam memang takan tidor awal lah. Memang selalu buat boring aktiviti.

Online, makan, tidor. Pfft, boring kan? Sebab tu dah makin gemuk nih. Duduk rumah je, kasihan aku. Takde pengalaman menarik sepanjang cuti sekolah ni. Nanti kalau cikgu tanya aku pergi mana, aku cakap ''Duduk rumah berdating dengan twitter cikgu'' Miahahaha! Betul lah kan, lepas nih kena tinggalkan boyfie aku tuh.

Hari ni aku akan buat ''short post'' je, tak larat dah. Dah lah idea dah takde ni. Nak mengarut boleh tak? Nanti aku dah tak boleh nak mengarut dah, kena series pulak tahun nih. Dah tak nak main-main lagi. Kerja sekolah kena pastikan semua siap, perangai kena baik-baik.

Haha! Lawak kan, bila dah nak PMR baru nak buat baik-baik ni. Apa lah, lepas tu nak mintak 9A tapi tak nak usaha. Tu lah, bila dah dapat keputusan down memang menyesal. Okaylah, aku dah siap kan semua kerja aku. Tinggal nak tidor je, tidor dulu ye. Annyeong! Bye!
Harap-harap aku dapat buat yang terbaik tahun ni dan banggakan mak ayah aku. Amin :)



si pencoret : yanie ^_^

No comments: