24.2.12

Frust :(

Youu shoo shomell XD

Hello peeps, annyeonghaseyo chingus. Hari ni takde mood sangat lepas balik tuisyen tadi. Dah la geram, malu pulak tu. Rasa macam nak bunuh orang je! *pegang pisau* Hurgh! Memang malu nak mampos tadi, frust aku dibuatnya. Dah la cikgu suka menyakat. Musuh aku pulak main perli perli entah pape. Harap aku sabar je, kalau tak dah lama budak tu aku campak. *mukaseries.jpg* Kite nak tanya apa perasaan korang bila crush korang malu kan korang?

Memang malu gila kan. Dah la kite minat dia, lepas tu dia pulak tak suka kite. Anggap kite macam musuh dia pulak. Then boleh pulak dia berbaik dengan musuh kite. Ya Allah, peritnya! Crush tu kite minat je okay tak nak couple-couple bagai okay. Tak suka, kite setia pada yang satu je :') Kite minat dia sebab bijak je, ingatkan dia baik tapi hampeh. Poyo je lebih mamat tu. Betul la kan orang cakap ''don't judge the person by it's look''.

Hurghh! Memang tak sangka betul, rasa macam nak terjerit-jerit je! Dah la banyak problem sekarang ni kat sekolah, tambah lagi dengan masalah kat tuisyen! Ya Allah! Rasa macam nak cincang cincang je budak budak tu. Kalau lah kite ada kuasa dah lama dah sumpah jadi katak. Astaghfirullahhalazim Yanie. Bawak mengucap! Rasa macam nak nangis pon ada, nasib baik ada dia tadi tolong pujukkan kite. Happy sangat sebab ada dia. Untung lah kan hati ini :')

Budak lelaki zaman sekarang semua sama, tahu lah awak tu handsome tapi takyah nak poyo sangat. Ingat handsome tu boleh bawak mati ke?! Handsome sekejap je, nanti bila dah tua entah kemana dah handsome tu. So tak payah nak poyo sangat lah. Handsome tu sekejap je, takyah nak poyo sangat. Awak pinjam je okay handsome tu, sedar sikit! ==' Eh, dah terlebih emo pulak kan? Sorry lah, marah sangat. Bagi sesiapa yang terasa tolonglah jangan ambil hati. I'm sorry okay? O.o

Dah la marah-marah nanti budak perempuan tu takde jugak. Nasib baik dia ambil kelas malam. Takyah la nak gaduh gaduh sangat kan. Dah serabut tengok muka diorang. Nasib baik tak pergi buat sambal belacan muka tu. Grr. Macam lah cantik sangat, kalau cantik macam bidadari syurga takpe jugak. Rasanya binatang lagi mulia kot dari diorang. Muahahaha. *mukajahat.jpg* Ehem! K kejam sangat tu, dah la nak pergi solat pulak. Annyeong, bye!

Thankyou because YOU always make my day :')



si pencoret : yanie ^_^

No comments: