5.8.12

In Memoryy :')


Hi, trial dah habis. So saya enjoy buat sementara waktu. Enjoy raya jaaa, bukan apa pon. Sekali jeee, tak lama. Seminggu jaa, haha. K dah mula merepek. Maklumlah sekarang dah SINGLEMINGLETRIANGLE. Yes, single. Ramai yang tanya, saya dah tak mampu nak jawab. No one understand my feelings right now. I need him, only him. K, susah sangat nak sayang orang. Tapi lai susah nak lupakan orang yang dah pernah hadir dalam hidup kita dan buatkan hari-hari kita rasa bermakna.

Actually, saya rindu sangat-sangat kat dia. Rindu nak buat hal sesame macam dulu. Rindu sangat2, aaaaaaaa! Tak terkata woii. Rindu, tsk tsk. Banyak yang aku nak confess, tapi tak terkeluar dengan perkataan. Please, i need someone to hear me. Kalau boleh, aku nak face to fae dengan dia. Biar dia tahu macam mana sakitnya hati aku bila dia buat macam tu. Awak, please. Saya bukan patung atau mainan yang boleh awak nak buat main-main. Saya pon ada hati dan perasaan jugak, saya bukan tunggul kayu. Boleh tak awak faham saya, boleh tak awak buang ego awak yang tak pernah saya tahu ada tu?! :'(


Memang semua tu perlu masa untuk saya lupakan awak. Tapi sampai bila, kenangan ni selalu je menghantui diri saya. Saya rasa macam kenangan tu membunuh saya tahu tak? Kenangan tu perkara yang sukar untuk dilenyapkan sama sekali. Arghh, rasa macam nak marah semua orang ja. Kenapa asyik nak marah-marah je lately ni, hmm. <FIEYANIE> Semua tu tinggal kenangan, saya tak pernah buang apa yang pernah jadi milik kita dulu. Saya tak pernah buang cincin dan rantai tu. Malah bila cincin dan rantai tu hampir hilang, tak tidur saya dibuatnyaa. Andai aje awak tahu semua tu :(

Andai aje awak tahu yang saya tak pernah benci awak cuma saya tak boleh tengok awak. Saya rindu tapi kalau boleh saya dah tak nak hadap muka awak. Saya nak tengok tapi tak boleh. Tak pernah perasaan benci timbul dalam hati ni. Tak pernah, kalau mulut kata benci tapi hati? Tak pernah kata macam tu. Sampai hati awak kan, sanggup awak buat saya macam ni. Mungkir janji, permainkan hati saya. Saya bukan mainan, saya ulang sekali lagi. Bukan mainan! Awak, truly i miss you so much. Tapi awak tak pernah faham kan? Tetap dengan ego awak yang menggunung tu. Kenapa awak sanggup permainkan hati saya selepas awak dah bosan. Truly, i never expected that our relationship end like this.

Kalau awak nak putus sekalipun, tak perlu sampai berpesan-pesan macam tu. Dah la pesanan tu menyakitkan hati saya. Awak ingat hati saya sekeras batu ke? Takde perasaan bila orang buat macam tu, enough la. Dulu bukan main lagi tabur macam-macam janji. Sekarang mana janji tu? Mana? Dah hilang? Dah buang kat laut? Ke pergi campak janji tu kat planet lain sampai tak ingat janji yang awak beri tu. Ataupun dah ramai sangat perempuan yang awak berjanji sampai tak ingat yang saya punya. Walayweyy, saya letih tahu main macam ni. Walaupun saya rindu awak tak bermakna sakit di hati ni hilang begitu je. Ingat senang nak lupa semua tu, i will forgive but will never forget. Walaupun awak dah berubah lepas ni, sorry. Third chance is never happen.

Andai aje awak rasa kesan dari perbuatan awak ni. Awak akan tahu macam mana rasanya, sakitnya, peritnya bila hati dipermainkan. Awak tak pernah nampak gila saya. When you see it, you will know how it feels like. Walaupun berat hati saya nak lepas awak pergi, tapi saya tak boleh nak buat apa-apa. Saya kena jugak lepaskan awak. Nanti awak kata saya kongkong hidup awak. Ceramah awak sana-sini. Hello, orang bagi nasihat tu tandanya sayang lah. Tapi pernah ke tahu semua tu. Never! Saya tahu yang awak boleh cari pengganti yang lebih baik dari saya. Saya doakan semoga awak bahagia dengan orang yang awak sayang lepas ni. Jangan bagi ego kat dia tau, dia pon nak merasa bahagia macam awak dan saya dulu. Selamat tinggal, semua ni dah tinggal kenangan. Thanks for 1 year 5  months and 18 days :')

I'm really missing him right now *SAS :'(



si pencoret : yanie ^_^

No comments: