1.6.13

Luahan Hati Kecil :')




Hye, hye dan hyeeeeeeeee awak awak semua. Kita berjumpa lagi, kan kan? Entah post yang ke berapa untuk minggu ni. Saya sudah menekan keyboard yang berada di kaki laptop berhari-hari kerana kebosanan yang melanda diri sepanjang cuti dua minggu ni. Nasib baik tak tercabut je segala huruf-huruf keyboard laptop ini. Saya tidak ada apa yang ingin dikongsi sepanjang cuti ni kerana saya tidak pergi bercuti kemana-mana. Ohh, what a sad life kan? Saya rasa kebosanan saya sudah mencapai tahap maksimum dan hari ni hari Sabtu. Saya kecewa sebab tak dapat keluar dan saya sangat bosan menunggu umi saya pulang. Saya pun rasa macam nak marah orang je hari ni.

Maaf, di post ini saya ingin mengarut sepuas-puas hati saya dan tidak ada siapa yang berhak menghalang saya sekarang ini. Saya berasa ingin mengamuk, menangis, ketawa dan whatever. Maaf, mood saya tidak menentu dua tiga hari ni. Nak senyum pun takde semangat je, rasa macam down gila-gila. Hari ni saya text dengan Mr Crush dua tiga keping je hari je. Rasa sedih pun ada, yeye sedihh. Rasa macam jauh sikit dengan dia dua tiga hari ni. Tak tahu mengapa rasa begitu, tapi rasanya bagus juga menjauh sedikit. Tak perlu letak harapan tinggi untuk si Dia kan. Moga-moga perasaan ni hilangg, bukan makin kuat. Fuhhhh *tiup sikit*. Tapi sekarang ni perasaan saya suda bercampur-baur. I hate to feel this. Rasa nak menangis tu memang ada. Hati saya perit, I don't know why.



Kata-kata diatas mungkin ada betulnya. Tapi kalau dah kita sayang orang tu nak buat macam mana erk? Oh hati sungguh degil dan kuatnya dirimu. Haha, lol. Memang kuat lah sangat kan kan kan. Kalau tak kuat, saya takkan mampu senyum lagi pada hari ini, masa ini dan detik ini. Cewahh. Jiwang bebenor kau akhir-akhir ni ya Muliani. Asyik nak emo je, hoho. Let it be, kadang-kadang best apa emo ni. Dapat lepas perasaan yang terbuku di hati setelah sekian lama memerap di dalam hatiku yang kecil ini. Cewahh. Saya tak tahu apa motif post ni dan saya masih terfikir apa tajuk untuk post ni. Hmmm, sedang jari jemari ku ini leka menaip dengan giatnya, otakku semakin ligat berfikir. Otakku semakin kekeringan idea untuk post ini dan saya masih tak dapat tajuk untuk post ini. Oh teruknyaaa. Dah lah, sekadar ini sahaja, semakin lama semakin mengarut dan mengarut. Gtg, assalamualaikum :')

Hati kecil ini sering menangis tatkala bibir mengukirkan senyuman :')



si pencoret : yanie ^_^

No comments: